Saturday, September 21, 2024

YANG ADA HANYALAH ALLAH

Kepada Tuhan aku berdoa

Mengapa dusta marak di sini

Yang ku Lihat langit, biru malaikat

Lembaga hitam merata rata


Kepada Tuhan aku berdoa

Mengapa nista marak di sini

Yang ku Rasakan sayang kasih antara kita

Sebenarnya hanyalah bayang bayang reka


Kepada Tuhan aku berdoa

Tiada lagi kita, dia atau mereka

Yang ada hanyalah ALLAH

Maha Benar, Maha Suci ALLAH

Tuesday, September 10, 2024

AYAH GUNUNG KINABALU

SURAT UNTUK AYAH GUNUNG

Aku bertemu Ayah disuatu malam

Disaat tengah kusyuk Tahajud, Bangkit dari sujud, 

Tiba-tiba aku berada disebuah rumah kayu, Dipergunungan 

Disana aku melihat Ayah tenang menulis dimeja


Dihadapanku ada sebuah jendela terbuka

Aku melihat rintis-rintis hujan dan pepohonan hijau

Tenang, sejak itu aku sering berkelana ke alam ghaib

Untuk ke tempat ayah, hanya untuk tahajud


Suatu malam aku bagai merentas kematian

Saat ke tempat ayah, darah merecik didinding dinding

Sejak itu aku tidak pernah lagi ke sana, sedih

Namun Tuhan menghantar ayah kepadaku

Aku gembira


Dialah Ayah Gunung Kinabalu

Utusan para kaum Gunung, 

Aku pernah melihat ayah tidur, Diatas batu gunung kinabalu

Sejak itu aku belajar, mengapa Alexander menjejak Ayah

Smapai ke Kinabalu, Terima kasih Tuhan




Sunday, September 8, 2024

Tema: NAJLAA MERDEKA

Oleh: Nur Kasih

Malaysia negaraku,

Kaya dengan sumber alam,

Di bumi inilah,

Sumber alam digenggam,

Tumbuh-tumbuhan ditanam,

Tanah dibaja,

 

Demi menghasilkan produk yang berkualiti,

Najla baby skincare nama diberi,

Hasil usaha Gee Alma Nusantara,

Hanya kerana niatnya yang murni,

Demi melihat kesembuhan anak-anak,

Demi memberi kegembiraan kepada anak-anak,

Demi memberi keselesaan kepada anak-anak,

 

Inilah perjuangan seorang ibu,

Bertungkus lumus mencipta ubat,

Yang jauh dari unsur kimia berbahaya,

Sembilan item telah dihasilkan,

Hasil gabungan herba-herba asli,

Tiada campuran bahan terlarang,

Pokok-pokok herba ditanam sendiri,

Benih-benih herba disemai sendiri,

Hanya kerana ketelusan jiwa,

Dalam membantu anak-anak yang sakit,

 

Set duo najla wajib disimpan,

Terdiri dari balm dan juga minyak,

Balm dapat kurangkan batuk berkahak,

Minyak dapat hilangkan kembong perut,

Hanya sedikit fungsi disebut,

Hakikat sebenar beribu kegunaannya,

 

Marilah kita ucapkan syukur,

Diberi peluang berganding bahu,

Menyampaikan ilmu tidak kira kaum,

Inilah kelebihan di bumi merdeka,

Yang penuh dengan hasil bumi,

Untuk manfaat seluruh alam,

 

Jika bukan jasa pahlawan,

Bumi merdeka tidak dapat dinikmati,

Ayuhlah semua kibarkan bendera,

Tanda semangat yang sedang membara..

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Tema: NAJLAA ANAKKU MERDEKA

 Oleh: Dianasyifa Nasuha

Bertuahnya...

Nur Jannah Azzahra...

Tanggal 9 April 2017...

Lahir Dibumi Malaysia..

Malaysia oh Tanah Airku...

 

Di Sebalik Perjalanan Kehidupan..

Si kecil hingga ke Saat Ini..

Terselit Seribu Satu Cerita..

Demam,Batuk,Kahak dan Selesama..

Sering Menjadi Teman yang Setia..

 

Tatkala..Antibodi Menjadi Lemah..

Dan...Seterusnya...Gas Menjadi pilihan..

Hati ibu Mana Yang Tak Sedih..

Tak Tergamak Melihat..anak sekecil

Itu...Menanggung kesakitan..

Andai...Kesakitanmu boleh..ditukar..

Ibu Sanggup Sayang...

Ibu Tak Pernah Berputus Asa..

 

Untuk Mencari Penawar yang Serasi..

Sebab..dalam usia sekecilmu...

Ubat Bukanlah Pilihan yang terbaik..

Setelah Pelbagai Usaha..

Setelah Pelbagai Cara..

Setelah pelbagai Produk..

Akhirnya..ibu Telah Jatuh Cinta..

 

Pada Produk Najlaa Baby SkinCare..

Iaitu..Set Duo Najlaa...

Terdiri Daripada Baby Balm & Herbal Oil..

Produk Bebas Bahan Kimia..

Pelbagai Keistimewaan..

Pelbagai MultiFungsi...

 

Alhamdulillah...

Set Duo Najlaa..serasi Dengan si kecil ibu..

Ibu..nampak..Kesannya..

Kesan yang Superbb...

Alhamdulillah..

 

Nur Jannah Azzahra..

Awak Dah Merdeka Sayang..

Merdeka Dari Sakit Batuk & Kahak..

Yang Berpanjangan...

AllahuAkhbar...

 

Merdeka..itu Bukan saja Bebas..

Dari Penjajah..Tetapi..Kesembuhan Dari.. KeSakitan itu juga dinamakan Merdeka..

Merdeka..

Merdeka..

Salam Kemerdekaan..ke 61

Sayangi Malaysiaku..


Tema: NAJLAA PAHLAWAN KANAK-KANAK

Oleh : Rabiatul Adawiyah Mokhtar

Engkau Tanah bumi

pemilik ibu pertiwi yang berbudi

penampung hujan penyedut sinar mentari

lahirlah herba herba bagai jauhari

Engkau Ibu Murni

dengan jasa abadi

dari herba mu Najlaa dicipta untuk menjaga kami

Kanak kanak kelak khalifah bumi

#Najlaapahlawan

Tema: NAJLAA PAHLAWAN MERDEKA

Oleh: Nurfazlina Mariaty

Merdeka! Merdeka!

Biar aku tidak sehebat pahlawan negara

Biar aku tidak gagah menghunus senjata

Namun aku punya Najlaa

untuk membela apa saja.

 

Meski dari tumbuhan melata, akan ku usaha

perangi apa jua

akan ku usaha membina

sebuah jaya, walau mulanya hanya biasa-biasa.

Dengan tekad dan azam yang tak pernah padam

akan aku juang dengan penuh iltizam.

Merdeka! Merdeka!

 

Aku kibarkan bendera negara bersama Najlaa yang ku cinta.

Semoga perjuangan ini tidak sia-sia

semoga Najlaa dapat memberi manfaat pada semua

Semoga Najlaa meniti di mulut seMalaysia.

#Najlaapahlawan



Tema: MERDEKA & NAJLAA

 Oleh: Ummi Najihah

Perjuangan dahulu, membebaskan Malaya

Perjuangan seorang ibu, mensejahterakan anak-anak

Perjuangan dahulu dengan senjata & kekuatan

Perjuangan seorang ibu, dengan kebijaksanaan menggunakan Najlaa

 

Mencapai merdeka, pelbagai rintangan yg ditempuh...

Mencapai sihat sejahtera anak-anak, seorang ibu mampu dgn menggunakan najlaa

Ya..benar..setiap kita pejuang dlm persepsi yang kita inginkan...

Yang penting, usaha & tawakkal mesti seiring..pasti mendapat redha Ilahi

 

Kerana pada akhir masa, semua kita menujuNya & mengharap syurga

Moga merdeka berkekalan dan sejahtera

Moga najlaa melangkah maju membantu perjuangan seorang ibu.. 



PEMERGIAN AYAH

  Aku berdiri di Tanah Kubur Jasad Ayah masih belum dikebumikan Hanya menatap Lohong kosong Sayup mendengar bacaan doa imam dimasjid Dengan ...