Aku berdiri di Tanah Kubur
Jasad Ayah masih belum dikebumikan
Hanya menatap Lohong kosong
Sayup mendengar bacaan doa imam dimasjid
Dengan suara yang bercampur kesedihan
Doanya tenggelam timbul bersela air mata
Dua hari lepas Ayah merasa pening
Dibawa ke hospital dan koma
Tiada tanda Ayah akan mati
Aku menunggu Ayah di hospital dengan penuh harapan
Ayah orang kuat yang akan bangkit dari koma
Tanggal Jumaat,1 Muharram 2025, 8.40am ayah pergi dalam tidurnya
Orang kuat yang selalu mendukung aku waktu kecil kini telah tiada
Dalam ingatan Ayah adalah orang kuat yang tidak pernah menjatuhkan aku
Dalam pertempuran paling buruk
Aku merasa paling menang hanya kerana Ayah berada disana
Ayah buat aku gembira, Ayah buat aku besar kepala
Ayah selalu beri keyakinan aku manusia kuat hebat dalam apa sahaja
Kini Ayah pergi selamanya
Terima Kasih Ayah diatas segala jasa
Aku pasti Ayah manusia syurga kerana Ayahku manusia baik yang jarang dijumpa

No comments:
Post a Comment