Saturday, August 31, 2024

AGAMA NABI IBRAHIM

Aku dibesarkan
Dengan Al-Quran berbahasa Arab
Aku tidak memahami maksudnya
Dan aku sering dipesan
Belajar Al Quran tanpa guru sesat

Suatu waktu
Aku merindu Tuhan, Al-Quran menjadi pengubat
Aku membaca tafsir firman Nya
Disana aku kenal
Muhammad adalah rasul bangsa Arab
Ayat selanjutnya
Hendaklah kalian mengikut agama Nabi Ibrahim
Hendaklah kalin beriman dengan iman Nabi Ibrahim

Dimana Nabi Ibrahim?
Aku memutuskan untuk
Hanya beriman kepada Allah sebagai Tuhan
Dan Hanya beriman dengan Al-Quran
Dan mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim
Beragama dengan agama Allah.

Firman Allah:

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Al-Baqarah 2:130)




TUHAN MENJADI PEMIMPIN

Sejak aku dilahirkan
Tiada yang mengajar, Tuhan sentiasa ada denganmu
Tiada yang menasihati, Pilihan Tuhan adalah paling baik

Aku menjadi nakhoda hidupku sendiri
Kadangkala aku timbul
Adakala aku tenggelam dalam lautan

Sehingga suatu malam
Aku bangkit bertanya pada Tuhan
Untuk menentukan hidupku

Tuhan memberi beberapa arahan
Sungguh luar biasa, luar batas akal yang mampu kufikirkan
Ku kira hidupku akan musnah parah

Tetapi Tuhan tidak meninggalkan aku sendirian
Dan Tuhan tidak membenarkan aku untuk tidak patuh
Akhirnya aku memilih untuk patuh

Sejak itu hidupku berubah
Aku menjadi perindu Tuhan
Aku gagah berdiri menentang taufan
Aku mengenal kebenaran
Sehingga dalam waktu paling parah
Aku masih tabah

Akhirnya aku membuat kata putus
Aku hanya ada Tuhan
Hanya Tuhan yang aku patuhi
Dan firmannya menjadi ikutan
Kepada Tuhan kupanjatkan kesyukuran

Friday, August 30, 2024

SURAT UNTUK DHUL-QARNAIN

UNTUK DHULQARNAIN ANAK DAUD

Ada derita tanpa wajah
Ada Luka berdarah, Merah dimana-mana
Anak yang aku tinggalkan di bumi
Ku hantar untuk menjadi utusan
Dibunuh manusia

Ribuan tahun aku hidup terpisah
Kini ku temui semula anakku
Moga Tuhan memberkati usianya

Dia adalah Raja tanpa Siggahsana
Hidupnya tidak bagai yang dikisahkan dunia
Anak yang bangkit melwan keras peradaban manusia

Ku lihat hidupnya senggsara
Tetapi dia hidup bagaikan disyurga
Ku sangka anakku manusia kuno
Idea teknologinya mengatasi waktu

Kisah senggsara Dhulqarnain merencat akalku
Dalam luka kematian
Dia masih bangkit melawan musuh Tuhan

Dhulqarnain bagai matahari pagi
Cahayanya menyegarkan bumi
Aman dan tenteram hidupku bersamanya.

JALAN PULANG ENGKAU DAN AKU

SURAT UNTUK D.A.U.D

Sepertimana Engkau, Aku juga Terluka
Ribuan Luka, Darah dimana-mana
Tidak ada yang dapat membasuh duka kita
Puas aku bertanya kepada alam salah siapa

Sesal dan marah menyumbat hati
Tapi sepertimana Engkau, Aku masih bernafas lagi
Kaki kita masih gagah berdiri
Aku berhenti sejenak, memikir
Jalan pulang atau meneruskan kedukaan ini
Bersyukur kerana kita masih belum tumbang lagi

Aku melihat Engkau
Nafas yang semakin lelah
Air mata yang tak mampu kutahan lagi
Sedih dan Luka menyenakkan perutku
Marilah kita pulang, ke riba Tuhan

Usah menyesal hidup ini
Biar sekalian manusia lupa kepada kita
Sekalian jalan ditutup
Hidup bagai menghalau kita untuk mati

Percayalah 
Kita masih ada Tuhan yang tidak pernah menyesalkan kita
Yang membalut Luka dengan ayat-ayat-Nya
Janji Janji Tuhan melalui firman-Nya yang tidak pernah patah
Hanya Tuhan sayang kepada kita
Dialah Allah Tuhan Ku dan Tuhan mu.


AKU PERNAH BERJAYA, SEKARANG MASIH BERJAYA

Lagu di kota, Sesak jalan raya, Manusia Sengsara

Desir Angin, Ombak menderu, Menghimpit dadaku
Kulihat pada alam
Mengenangkan Luka dan Menhitung bahagia

Aku pernah berjaya
Aku juga pernah sengsara
Bersyukur lebih baik
Derita hanyalah jalan untuk lebih bahagia

Aku pernah bahagia
Aku pernah terluka
Sunyi lebih baik, dalam sunyi aku bahagia bersama Tuhan

Wahai Tuhan
Ku pasrahkan hidup ini kepada Mu
Selagi ada Tuhan
Aku pasti berjaya, Aku pasti bahagia

ALLAH ADALAH TUHANKU

Hindu  mempunyai Tuhan, Budhha juga punya Tuhan

Allah adalah Tuhanku
Dalam ribut kesengsaraan dan kesedihan hidup
Semua manusia mencari Tuhan
Tempat untuk mengadu

Namun hidup mereka senggsara jua
Kulihat hidupku bertuhankan Allah
Dalam kisah paling sedih
Aku masih berdiri kuat, ketawa gembira

Mengapa engkau masih senggsara
Apakah engkau selama ini tersalah Tuhan
Batu, Kayu kau anggap Tuhan
Patung yang kau ukir hanyalah simen
Bagaimana ia telah menjadi Tuhan
Keras Kejung hujan tidak dapat mengelak
Bagaimana ia telah menjadi Tuhan

Apakah engkau tidak memikirkan

Hidup manusia sengsara
Kerana selama ini mereka tersalah Tuhan
Tuhanku dan Tuhanmu hanyalah Allah
Dia yang menciptakan engkau dan aku
Kita boleh bergerak kerana Tuhan kita bijak
Mana mungkin patung keras kejung tak berotak
Mampu mencipta makhluk bernama manusia

Tuhan kita Allah
Dia yang menciptakan sekalian makhluk
Langit, Bumi, Bulan dan Matahari



SIULAN ALAM SEMESTA

Aku dengar
Siulan angin menderu
Suara tanpa wajah
Ombak menghempas pantai
Datang bagai bukit bukau
Berderai dikaki pantai
Buih buih yang ditinggalkan
Hanyut ditelan Laut

Aku alihkan pandangan
Dilangit biru ada awan putih
Bagai kapas putih bersih
Dedaunan pokok yang menghijau
Melambai lambai
Matahari makin jatuh ke ufuk
Cahaya mega yang selalu buat aku teruja
Indahnya alam semesta

Dalam diam aku menahan sedih
Ada derita yang tak mampu aku ceritakan
Aku menyaksikan kebesaran Tuhan
Tetapi dimana diri Mu ya Allah
Aku manusia yang terlempar
Ku cari Tuhan tetapi alam membisu
Hanya dengan menatap penciptaan Mu
Rindu pada Mu terubat, dan jiwa menjadi tenang.

AKU SANG PENCINTA

Aku berkelana mencari Tuhan
Alam Menyaksikan
Hatiku remuk berdarah
Mencari dimana Tuhan
Air mataku mengalir lebih laju dari sungai
Dimana diri-Mu Ya Allah
Aku temui ramai guru
Tetapi semua jalan menjadi buntu

Akhirnya aku berdekat memecah alam
Aku datang ke kaki langit
Dimalam hari
Disana aku belajar berkata-kata
Mengharapkan Tuhan berbicara
Tuhan Melantunkan ayat-ayat-Nya
Aku temui cinta sejati
Bahagia yang tak bertepi
Terima kasih Tuhan.

PEMERGIAN AYAH

  Aku berdiri di Tanah Kubur Jasad Ayah masih belum dikebumikan Hanya menatap Lohong kosong Sayup mendengar bacaan doa imam dimasjid Dengan ...