Sunday, September 8, 2024

Tema: NAJLAA ANAKKU MERDEKA

 Oleh: Dianasyifa Nasuha

Bertuahnya...

Nur Jannah Azzahra...

Tanggal 9 April 2017...

Lahir Dibumi Malaysia..

Malaysia oh Tanah Airku...

 

Di Sebalik Perjalanan Kehidupan..

Si kecil hingga ke Saat Ini..

Terselit Seribu Satu Cerita..

Demam,Batuk,Kahak dan Selesama..

Sering Menjadi Teman yang Setia..

 

Tatkala..Antibodi Menjadi Lemah..

Dan...Seterusnya...Gas Menjadi pilihan..

Hati ibu Mana Yang Tak Sedih..

Tak Tergamak Melihat..anak sekecil

Itu...Menanggung kesakitan..

Andai...Kesakitanmu boleh..ditukar..

Ibu Sanggup Sayang...

Ibu Tak Pernah Berputus Asa..

 

Untuk Mencari Penawar yang Serasi..

Sebab..dalam usia sekecilmu...

Ubat Bukanlah Pilihan yang terbaik..

Setelah Pelbagai Usaha..

Setelah Pelbagai Cara..

Setelah pelbagai Produk..

Akhirnya..ibu Telah Jatuh Cinta..

 

Pada Produk Najlaa Baby SkinCare..

Iaitu..Set Duo Najlaa...

Terdiri Daripada Baby Balm & Herbal Oil..

Produk Bebas Bahan Kimia..

Pelbagai Keistimewaan..

Pelbagai MultiFungsi...

 

Alhamdulillah...

Set Duo Najlaa..serasi Dengan si kecil ibu..

Ibu..nampak..Kesannya..

Kesan yang Superbb...

Alhamdulillah..

 

Nur Jannah Azzahra..

Awak Dah Merdeka Sayang..

Merdeka Dari Sakit Batuk & Kahak..

Yang Berpanjangan...

AllahuAkhbar...

 

Merdeka..itu Bukan saja Bebas..

Dari Penjajah..Tetapi..Kesembuhan Dari.. KeSakitan itu juga dinamakan Merdeka..

Merdeka..

Merdeka..

Salam Kemerdekaan..ke 61

Sayangi Malaysiaku..


Tema: NAJLAA PAHLAWAN KANAK-KANAK

Oleh : Rabiatul Adawiyah Mokhtar

Engkau Tanah bumi

pemilik ibu pertiwi yang berbudi

penampung hujan penyedut sinar mentari

lahirlah herba herba bagai jauhari

Engkau Ibu Murni

dengan jasa abadi

dari herba mu Najlaa dicipta untuk menjaga kami

Kanak kanak kelak khalifah bumi

#Najlaapahlawan

Tema: NAJLAA PAHLAWAN MERDEKA

Oleh: Nurfazlina Mariaty

Merdeka! Merdeka!

Biar aku tidak sehebat pahlawan negara

Biar aku tidak gagah menghunus senjata

Namun aku punya Najlaa

untuk membela apa saja.

 

Meski dari tumbuhan melata, akan ku usaha

perangi apa jua

akan ku usaha membina

sebuah jaya, walau mulanya hanya biasa-biasa.

Dengan tekad dan azam yang tak pernah padam

akan aku juang dengan penuh iltizam.

Merdeka! Merdeka!

 

Aku kibarkan bendera negara bersama Najlaa yang ku cinta.

Semoga perjuangan ini tidak sia-sia

semoga Najlaa dapat memberi manfaat pada semua

Semoga Najlaa meniti di mulut seMalaysia.

#Najlaapahlawan



Tema: MERDEKA & NAJLAA

 Oleh: Ummi Najihah

Perjuangan dahulu, membebaskan Malaya

Perjuangan seorang ibu, mensejahterakan anak-anak

Perjuangan dahulu dengan senjata & kekuatan

Perjuangan seorang ibu, dengan kebijaksanaan menggunakan Najlaa

 

Mencapai merdeka, pelbagai rintangan yg ditempuh...

Mencapai sihat sejahtera anak-anak, seorang ibu mampu dgn menggunakan najlaa

Ya..benar..setiap kita pejuang dlm persepsi yang kita inginkan...

Yang penting, usaha & tawakkal mesti seiring..pasti mendapat redha Ilahi

 

Kerana pada akhir masa, semua kita menujuNya & mengharap syurga

Moga merdeka berkekalan dan sejahtera

Moga najlaa melangkah maju membantu perjuangan seorang ibu.. 



Tema: NAJLAA PAHLAWAN

Oleh: Naim

Najlaa Pahlawan Kanak Kanak

dalam hatinya bernyanyi

Alam Hijau dan Kesihatan Manusia

di situ terpaut kesembuhan sebenar

Dari Tuhan darah ini mengalir

Kepada Tuhan ia akan kembali

#sajakmerdeka



Tema: BUMI INI TANAH TUMPAHKU

Oleh: Noor Raihan

Bumi ini tanah tumpah darah ku

subur mekar indah berseri

menjadi idaman pelbagai insani

 

Bumi ini tanah tumpah darah ku

di huni oleh insan bestari

sungguh bertuah empunya diri

memiliki bumi yang indah ini

 

Bumi ini tanah tumpah darahku

sungguh aman pelbagai penghuni melayu cina india serani

hidup dalam aman harmoni

 

Bumi ini tanah tumpah darah ku

penuh dengan pelbagai misteri

hanya insan bijak bestari dapat menerajui bumi bertuah ini

Merdeka tanah air ku



Tema : PAHLAWAN NEGARA BERSAMA NAJLAA BABY SKINCARE

 Oleh: Nuur Hiedayuu

Setelah berabad memagari rumah ini
bukan pujian yang kita cari
setelah ber tahun menyemai bakti
bukan taburan bintang di dada yang kita impi
ditanah ibunda keringat darah tumpah ke bumi
bukan kerana upah yang tak seberapa
tetapi dek kerana janji dan sumpah setia

Inilah bumi Malaysia tempat kita mencurah bakti
binaan penuh tumpahan darah
dan linangan air mata oleh pejuang bangsa
tidak mengira keturunan dan agama
Melayu, Cina, India, Bajau, Melanau, Murut, Bidayuh,
Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Penan , Kayan, Orang Hulu dan segala rumpun bangsa bersatu berganding bahu
membenteng keamanan negara bangsa
dengan semangat perjuangan Satu Malaysia
bukan untuk mencipta nama
tetapi mengharap ia kekal untuk diwariskan
kepada generasi dihari muka

Tidak sekali-kali
akan kita gadaikan kepada penjajah
tidak sekali-kali
akan kita serahkan kepada pembelot bangsa
tidak sekali-kali
akan kita letakkan nilai harganya kepada sesiapa

Biar darah merah kami menitis ke bumi
biar pun jasad kami di kelar berkali-kali
biar tulang belulang kami hancur lebur
namun pantang sekali kami undur
kami akan terus mara mengempur
walau ditakdirkan kami gugur

Telah ter buktikan kesetiaan sejak zaman berzaman
#Najlaababyskincare.
Sejarah pasti tersemai melingkari di setiap peristiwa.
Selamat hari merdeka.

PEMERGIAN AYAH

  Aku berdiri di Tanah Kubur Jasad Ayah masih belum dikebumikan Hanya menatap Lohong kosong Sayup mendengar bacaan doa imam dimasjid Dengan ...